rss
twitter
    Follow ohbukhari on twitter :)

BAB 1 - BHG 1 | BERMULA ALKISAH..

Lahir seorang insan kerdil diberi nama "BAHI" bulan kembar pada tahun menara mercu negara dibina.lahirnya dimuka bumi dengan tangisan seolah-olah mengerti dengan kezaliman dunia..

Dijaga dengan penuh kasih sayang oleh orang tuanya..MANAN. ayah kepada bahi,seorang yang tegas dalam soal mendidik anak-anak. tidak seperti isterinya "FATIMAH".

Manan ingin anak-anaknya berjaya ketika mereka dewasa dan mampu untuk berfikir secara matang.Oleh kerana sikapnya yang tegas dan sedikit panas baran..anak-anaknya cukup takut dengannya terutama bahi.Jauh berbeza dari fatimah yang sangat rapat dan manja dengan anak-anak nya...

Kini umur bahi genap 8 tahun.dihantar ayahnya kesekolah di tengah bandar..Di situlah mula mula bahi belajar bahasa ke 2 selain dari bahasa ibundanya.. bahi merupakan seorang kanak-kanak pintar walaupun dia agak nakal.

Bahi suka melukis,menulisan dan mengulang kaji pelajarannya bersama kakak-kakak nya terutama "IKA",ika adalah kakak kepada bahi.ika sangat menyanyangi bahi kerana baginya..bahi adalah satu-satunya adiknya.
Setiap kali ika balik sekolah..ika mesti singgah ke kedai dan belikan gula-gula kesukaan bahi.Itulah salah satu cara ika menunjukan kasih sayangnya kepada bahi.

Jam menunjukan tepat pukul 3:38.kedengaran bunyi riuh rendah menandakan bahi sudah pulang dari sekolah bersama ayahnya..bahi melangkah masuk kerumah dan terus pergi ke dapur mencari makanan.. "wah ayam goreng" kata bahi dengan muka yang tersenyum kerana ayam goreng adalah salah satu makanan kesukaan bahi.

Fatimah hanya tersenyum melihat gelagat anak nya. "bahi..lepas makan,mandi..lepas tu solat ya, jangan lupa buat kerja sekolah atau baca buku sebelum main petang nanti." pesan fatimah kepada anaknya.."okeylah mak..." jawab bahi dengan nada selamber derk...

Selepas selesai makan..bahi terus bergegas ke bilik mandi untuk mandi..lebih kurang 1 jam bahi duduk terperap dalam bilik air..bahi memang seorang yang cerewet dalam soal kebersihan.selesai mandi bahi bersiap untuk menunaikan kewajipan nya sebagai seorang hamba yang hina..

5 minit lagi pukul 5.00 petang..bahi mengulangkaji pelajarannya bersama ika.

ika: ade kerje sekolah ke hari ni dik?

bahi: ada kak..matematik.. tadi cikgu ajar pasal bahagi..tapi adik tak berapa faham..kakak ajar ya?

ika: erm... malas la kakak.hari - hari kakak..pergi la tanya ayah tu. suruh ayah ajarkan ( kata ika dengan nada bergurau)

bahi: alah..ayah? x nak lah..nanti salah sikit kene marah ( ujar bahi sambil mata nya menjeling kearah ayahnya yang sedang ayik menonton television)

ika: okey lah..tapi satu syarat..tolong kakak ambil air dalam peti sejuk tu..dahaga lah dik...

bahi: okey..

dengan tersenyum...bahi terus menuju ke dapur mengambil air untuk kakak nya...
1 jam kemudian..selepas siap bahi membuat semua kerja sekolah yang diberikan cikgunya tadi...

bahi: ayah..adik nak keluar main boleh?

manan: ha..pergilah..jangan balik lewat sangat...sebelum maghrib dah siap mandi...
( jawab ayahnya dengan nada yang konon macho! )

Setelah dapat lampu hijau dari ayahnya..bahi terus keluar bermain..dicari nya rakan baiknya "ACIK".acik merupakan kawan rapat bahi..walaupun acik hanya bersekolah dikampung..biasa nya..pada waktu-waktu petang begini..mereka akan ke padang untuk bermain bola.

Kelihatan dipadang dengan penuh kanak-kanak yang sedang gembira bermain bersama..pelbagai gelagat yang ada..alangkah seronoknya menjadi seorang kanak-kanak...sentiasa ceria..tidak perlu berfikir tentang kerja-kerja yang membebankan.....

Hari semakin gelap..sudah sampai masanya untuk pulang ke rumah sebelum di marah ayahnya.....bahi tahu.kalau lambat pulang ke rumah.....mesti teruk dipukul ayahnya.dari jauh..kelihatan bahi ayahnya sedang duduk di tepi berandar sambil menghisap sebatang rokok...( yang membahayakan kesihatan )

manan:  main ape hari ni? seronok? dah pukul berapa ni? pergi mandi!
ujar manan dengan nada yang konon nya......  macho buat kali ke-2
3 soalan yang ditanya.. hanya 1 jawapan yang diberi bahi....

"baik ayah.." ( jawab bahi )

bergegas bahi mandi,dan terus bersiap untuk menunaikan kewajipan nya sebagai seorang hamba......
selepas solat maghrib..bahi ke dapur untuk membuat segelas air.dibawa air yang dibuatnya tadi dan menuju ke ruang tamun untuk menonton berita bersama ayahnya...

Hari ini..di berita....bercerita tentang kejayaan Dr Sheikh Muszaphar Shukor sebagai seorang angkasawan malaysia.Kejayaan Dr Sheikh Muszaphar Shukor telah mengharumkan nama negara.Bahi tersenyum melihat berita itu sambil memandang muka ayahnya....

"Ayah nak..anak ayah berjaya bila besar nanti.berbakti kepada negara,berjuang demi agama dan jangan lupa asal usul kita kalau dah berjaya" pesan manan kepada anak lelaki nya itu... bahi hanya tersenyum mendengar kata-kata ayahnya......

Hari sudah lewat malam....mata bahi mula kuyu...sudah sampai waktu untuk tidur..bahi mengangkat kaki dan terus kebilik tidur.oleh kerana mengantuk.... bahi langsung tidak menghiraukan kakak dan ibunya yang sedang asyik bersembang..( tak tau la sembang ke dok mengupat....hehehe)

DIBILIK...
baru sahaja bahi baring diatas katil nya.... tiba.....tiba............
bersambung........




WATAK:

  1. MANAN ( ayah kepada bahi )
  2. FATIMAH (ibu kepada bahi )
  3. IKA ( kakak kepada bahi )
  4. ACIK ( kawan baik bahi )
  5. BAHI ( watak utama )

0 comments:

Post a Comment

free counters