rss
twitter
    Follow ohbukhari on twitter :)

BAB 1-BHG 2 | LELAKI TUA ANEH..


(sambungan)
Hari sudah lewat malam....mata bahi mula kuyu...sudah sampai waktu untuk tidur..bahi mengangkat kaki dan terus kebilik tidur.oleh kerana mengantuk.... bahi langsung tidak menghiraukan kakak dan ibunya yang sedang asyik bersembang..( tak tau la sembang ke dok mengupat....hehehe)

DIBILIK...
baru sahaja bahi baring diatas katil nya.... tiba.....tiba............
lampu bilik terpadam...suasana ketika itu sangat gelap...bahi dalam ketakuan..apa yang dilihat..semuanya hitam..terdegar di telinganya suasana riuh rendah didalam rumah....keadaan menjadi kelam kabut buat seketika...

2 minit kemudian... keadaan kembali tenang...suasana kembali terang seperti biasa..., rupa-rupanya..bekalan elektrik terputus buat seketika..
bahi kembali baring diatas katil selepas menutup lampu biliknya...dan mula melelapkan mata...

pokkkkk! bahi menepuk pipinya...tamat sudah riwayat seekor nyamuk ditangan bahi pada malam tu..
" ISH.. WAKTU-WAKTU NIE LAH KAU NAK KACAU AKU!" berkata bahi seorang diri,
bahi tidak dapat melelapkan matanya lagi.. bahi keluar menuju ke dapur untuk minum...
" wah.. ada air teh o ais? sape buat nie....."  bahi mencapai sebiji gelas,lalu menuangkan air kedalamnya..
dibuka peti sejuk pula, menjenguk takut -takut lah ada makanan untuk dikunyah.

TOK..TOK..TOK..... (bunyi pintu diketuk)
"Siapa tu?"
TOK....TOK.....TOK.........
"Siapa tu ya?" bertanya bahi lagi....
tanpa melengahkan masa...bahi menuju ke pintu dan dibuka...

Berdiri seorang lelaki tua,berbaju lengan panjang labuh sehingga menutup tangannya...,berseluar labuh .. dan hanya sekadar selipar.. .mukanya pucat....kelihatan lelaki tua itu letih dan tidak bermaya..
Lelaki tua itu menimbulkan tanda tanya dikepala bahi..

bahi: assalamualaiikum...pak cik cari sapa ya..?
lelaki tua : tak cari sapa sapa nak..
bahi : kenapa pakcik datang rumah saya malam-malam begini? ada apa pakcik ya?
lelaki tua: pakcik dari jauh nak...... pakcik dahaga.. boleh tak pak cik nak segelas air..tekak pakcik dahaga sangat... ( jawab lelaki tua itu tadi dengan suara terketar-ketar )
bahi: pakcik nak air? pakcik tunggu ye..nanti saya ambilkan  ( dengan nada yang budjet baik )

bahi menuju kedapur dan di ambilnya segelas air teh o asi yang diminumnya tadi...dan dibawa kepada lelaki tua itu....

bahi: nah pakcik... (sambil menghulurkan segelas air teh o ais)
lelaki tua: terima kasih nak.. ( sambil mendongak keatas memandang bahi dan mencapai air yang di hulurkan bahi.)

lalu..lelaki tua itu meminum air itu,berharap dahaganya hilang.....

lelaki tua: nak...pakcik dahaga lagi la..boleh tak anak amikan pakcik segelas lagi?
bahi: ?? okey pak cik..pakcik tunggu ya..saya ambil...kesian saya tengok pakcik... ( dengan muka yang penuh dengan sifat kasihan..)

bahi menoleh kebelakang...dan terus menuju kedapur untuk mengambil segelas lagi air yang diminta oleh lelaki tua itu tadi....
sampai sahaja didapur... alangkah terkejutnya bahi melihat lelaki tua itu sedang menuang air sendiri..." eh tadi pakcik ni ada kat luar..macam mane dia boleh sampai kat dapur nie...? cepat betul dia sampai...padahal,aku yang jalan dulu? eh..takan hantu kot........"(bahi terfikir..)

pada masa itu..bahi mula curiga dengan tindakan lelaki tua itu...bermacam-macam fikiran yang karut marut bermain di kepala bahi.....

bahi: eh..bila pakcik masuk? kan tadi pakcik ada kat luar?
lelaki tua : hah? bukan ke anak yang ajak pakcik masuk tadi?
bahi: *(&%$$%^&*% ( kebingugan )

Lelaki itu dengan muka yang penuh selamber menuang air sendiri dan meminumnya...tidak cukup.. di tambah nya lagi..sehingga sepuluh gelas...dan ditambah lagi sehingga dia puas minum...
dengan pergerakkan yang simple...lelaki tua itu berjalan menuju ke tandas..... bahi kaku dan kehairanan melihat tingkah laku orang tua itu....

Bahi memandang jug air (teh o ais),dilihatnya..air itu sedikit pun tidak kurang..ianya bertambah lagi persoalan di dalam kepala bahi..bahi mengambil tindakan pergi ke tandas untuk menjenguk lelaki tua itu tadi...

MAKKKKKK!!!!!!
jerit bahi macam pondan dengan kuat..! badan bahi sejuk. dan kaku...bahi hanya mampu berteriak.! namun..teriakan bahi yang macam pondan itu tadi langsung tidak didengari keluarganya....bahi tergamam melihat lelaki tua itu tadi bertukar menjadi seperti musang jadian ( bukan macam dalam twitlight)..mukanya hitam dan bertaring..kukunya panjang....dan mata nya merah........

"KENAPA KAU BUNUH NYAMUK TADI HA BUDAK? APA SALAH NYAMUK TU SAMPAI KAU TEPUK KUAT-KUAT?" kata lelaki itu dengan suara yang amat garau dan menakutkan...
bahi dalam ketakutan tahap maxsima......apa yang mampu hanyalah berdoa....

Lelaki tua yang bertukar menjadi momok yang menakutkan itu memandang bahi dengan renungan yang amat tajam...lalu di tamparnya muka bahi dengan tangannya yang besar dan berkuku panjang..!

POK!! POK!! POK!!
tamparan itu sangat kuat dan dasyat!....bahi pengsan kerana lemah semagat....yang teramat sangat!
kedengaran sayu suara:
BANGUN! BAGUN! BAGUN!
Bahi membuka matanya......wajah ayahnya dengan muka yang garang giler.......
"BAHI BANGUN! PUKUL BERAPA DAH NIE! CEPAT PERGI MANDI..SOLAT SUBUH..LEPAS TU MAKAN...NAK HANTAR KAU KESEKOLAH PULAK NI..+BLA,BLA,BLA,BLA"
kata manan kepada anak lelakinya itu...

Bahi termenung seketika......rupa-rupanya...apa yang dialamainya itu semua hanyalah permainan tidur sahaja..bahi menarik lafas lega..dan memandang wajah ayahnya dengan satu senyuman yang menawan....lalu bergegas pergi ke bilik air untuk mandi......bersambung..........................

WATAK:
LELAKI TUA (sekadar watak sampingan )

baca cerita sebelumnya disini: BERMULA ALKISAH



.

BAB 1 - BHG 1 | BERMULA ALKISAH..

Lahir seorang insan kerdil diberi nama "BAHI" bulan kembar pada tahun menara mercu negara dibina.lahirnya dimuka bumi dengan tangisan seolah-olah mengerti dengan kezaliman dunia..

Dijaga dengan penuh kasih sayang oleh orang tuanya..MANAN. ayah kepada bahi,seorang yang tegas dalam soal mendidik anak-anak. tidak seperti isterinya "FATIMAH".

Manan ingin anak-anaknya berjaya ketika mereka dewasa dan mampu untuk berfikir secara matang.Oleh kerana sikapnya yang tegas dan sedikit panas baran..anak-anaknya cukup takut dengannya terutama bahi.Jauh berbeza dari fatimah yang sangat rapat dan manja dengan anak-anak nya...

Kini umur bahi genap 8 tahun.dihantar ayahnya kesekolah di tengah bandar..Di situlah mula mula bahi belajar bahasa ke 2 selain dari bahasa ibundanya.. bahi merupakan seorang kanak-kanak pintar walaupun dia agak nakal.

Bahi suka melukis,menulisan dan mengulang kaji pelajarannya bersama kakak-kakak nya terutama "IKA",ika adalah kakak kepada bahi.ika sangat menyanyangi bahi kerana baginya..bahi adalah satu-satunya adiknya.
Setiap kali ika balik sekolah..ika mesti singgah ke kedai dan belikan gula-gula kesukaan bahi.Itulah salah satu cara ika menunjukan kasih sayangnya kepada bahi.

Jam menunjukan tepat pukul 3:38.kedengaran bunyi riuh rendah menandakan bahi sudah pulang dari sekolah bersama ayahnya..bahi melangkah masuk kerumah dan terus pergi ke dapur mencari makanan.. "wah ayam goreng" kata bahi dengan muka yang tersenyum kerana ayam goreng adalah salah satu makanan kesukaan bahi.

Fatimah hanya tersenyum melihat gelagat anak nya. "bahi..lepas makan,mandi..lepas tu solat ya, jangan lupa buat kerja sekolah atau baca buku sebelum main petang nanti." pesan fatimah kepada anaknya.."okeylah mak..." jawab bahi dengan nada selamber derk...

Selepas selesai makan..bahi terus bergegas ke bilik mandi untuk mandi..lebih kurang 1 jam bahi duduk terperap dalam bilik air..bahi memang seorang yang cerewet dalam soal kebersihan.selesai mandi bahi bersiap untuk menunaikan kewajipan nya sebagai seorang hamba yang hina..

5 minit lagi pukul 5.00 petang..bahi mengulangkaji pelajarannya bersama ika.

ika: ade kerje sekolah ke hari ni dik?

bahi: ada kak..matematik.. tadi cikgu ajar pasal bahagi..tapi adik tak berapa faham..kakak ajar ya?

ika: erm... malas la kakak.hari - hari kakak..pergi la tanya ayah tu. suruh ayah ajarkan ( kata ika dengan nada bergurau)

bahi: alah..ayah? x nak lah..nanti salah sikit kene marah ( ujar bahi sambil mata nya menjeling kearah ayahnya yang sedang ayik menonton television)

ika: okey lah..tapi satu syarat..tolong kakak ambil air dalam peti sejuk tu..dahaga lah dik...

bahi: okey..

dengan tersenyum...bahi terus menuju ke dapur mengambil air untuk kakak nya...
1 jam kemudian..selepas siap bahi membuat semua kerja sekolah yang diberikan cikgunya tadi...

bahi: ayah..adik nak keluar main boleh?

manan: ha..pergilah..jangan balik lewat sangat...sebelum maghrib dah siap mandi...
( jawab ayahnya dengan nada yang konon macho! )

Setelah dapat lampu hijau dari ayahnya..bahi terus keluar bermain..dicari nya rakan baiknya "ACIK".acik merupakan kawan rapat bahi..walaupun acik hanya bersekolah dikampung..biasa nya..pada waktu-waktu petang begini..mereka akan ke padang untuk bermain bola.

Kelihatan dipadang dengan penuh kanak-kanak yang sedang gembira bermain bersama..pelbagai gelagat yang ada..alangkah seronoknya menjadi seorang kanak-kanak...sentiasa ceria..tidak perlu berfikir tentang kerja-kerja yang membebankan.....

Hari semakin gelap..sudah sampai masanya untuk pulang ke rumah sebelum di marah ayahnya.....bahi tahu.kalau lambat pulang ke rumah.....mesti teruk dipukul ayahnya.dari jauh..kelihatan bahi ayahnya sedang duduk di tepi berandar sambil menghisap sebatang rokok...( yang membahayakan kesihatan )

manan:  main ape hari ni? seronok? dah pukul berapa ni? pergi mandi!
ujar manan dengan nada yang konon nya......  macho buat kali ke-2
3 soalan yang ditanya.. hanya 1 jawapan yang diberi bahi....

"baik ayah.." ( jawab bahi )

bergegas bahi mandi,dan terus bersiap untuk menunaikan kewajipan nya sebagai seorang hamba......
selepas solat maghrib..bahi ke dapur untuk membuat segelas air.dibawa air yang dibuatnya tadi dan menuju ke ruang tamun untuk menonton berita bersama ayahnya...

Hari ini..di berita....bercerita tentang kejayaan Dr Sheikh Muszaphar Shukor sebagai seorang angkasawan malaysia.Kejayaan Dr Sheikh Muszaphar Shukor telah mengharumkan nama negara.Bahi tersenyum melihat berita itu sambil memandang muka ayahnya....

"Ayah nak..anak ayah berjaya bila besar nanti.berbakti kepada negara,berjuang demi agama dan jangan lupa asal usul kita kalau dah berjaya" pesan manan kepada anak lelaki nya itu... bahi hanya tersenyum mendengar kata-kata ayahnya......

Hari sudah lewat malam....mata bahi mula kuyu...sudah sampai waktu untuk tidur..bahi mengangkat kaki dan terus kebilik tidur.oleh kerana mengantuk.... bahi langsung tidak menghiraukan kakak dan ibunya yang sedang asyik bersembang..( tak tau la sembang ke dok mengupat....hehehe)

DIBILIK...
baru sahaja bahi baring diatas katil nya.... tiba.....tiba............
bersambung........




WATAK:

  1. MANAN ( ayah kepada bahi )
  2. FATIMAH (ibu kepada bahi )
  3. IKA ( kakak kepada bahi )
  4. ACIK ( kawan baik bahi )
  5. BAHI ( watak utama )

PENGENALAN

MAN FROM THE EAST
lelaki dari timur..

sebuah penulisan yang tidak mengikut peraturan dan tidak sesuai dijadikan bahan rujukan untuk kajian,pembelajaran atau lain-lain.sekadar dibaca untuk mengisi masa lapang dan untuk yang hobinya membaca,

Sebuah karya: wan muhammad bukhari.malek
Tarikh penulisan: 24 november 2011
Terbitan:  dari dirinya sendiri
Category: cerita dongeng moden
" hak cipta terpelihara,jika anda ingin mengambil sesuatu dari sini,sila info kepada kami."


Maklumat tambahan:
cerita berkisahkan perjalanan seorang lelaki dari timur.cerita yang mengandungi unsur-unsur,semagat perjuangan,rakyat,pengajaran,keharmonian,sedih,sekadar cerita dongeng dan diterapkan sebuah permainan kepada si pembaca untuk mencari silang kata yang tersirat didalam yang tersurat.
free counters